Berita Domestik Terbaru Berita

Isu beg udara Takata – hanya 17.34% kenderaan sahut seruan tukar beg udara

Kementerian Pengangkutan Malaysia amat serius dalam menangani isu beg udara Takata yang telah mengorbankan nyawa beberapa penggunanya sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, Kementerian ini melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menghantar surat peringatan kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dalam proses panggil semula (recall) penukaran beg udara Takata ini.

Dari 26 Jun 2018 sehingga 4 September 2018, JPJ telah menghantar sebanyak 408,551
pucuk surat peringatan
kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat. Sepanjang tempoh surat peringatan tersebut dikeluarkan sehingga ke hari ini (26 Jun 2018 sehingga 19 September 2018) sebanyak 70,853 bilangan kenderaan telah dihantar ke bengkel syarikat pengeluar dan selesai urusan penukaran beg udara.

Ini menunjukkan peratus orang ramai yang mengambil tindakan terhadap surat peringatan ini adalah sebanyak 17.43%.

Perkara ini amat mendukacitakan pihak Kementerian kerana inisiatif yang diambil tidak dipandang serius dan penting oleh masyarakat dalam usaha mencegah daripada kejadian maut beg udara Takata ini berulang kembali.

Sehubungan itu, pihak industri automotif yang terlibat dikehendaki untuk mewujudkan
Pelan Komprehensif Recall Dan Stock Airbag. Pengeluar perlu meningkatkan keupayaan Service Centre dan stock readiness untuk memudahkan pemilik kenderaan yang perlu menukar airbag.

Pihak industri juga dikehendaki untuk mewujudkan Pelan Promosi Yang Lebih Effisien.
Syarikat pengeluar hendaklah memastikan bahawa komunikasi serta maklumat mengenai usaha ini sampai kepada kumpulan sasaran.

Sementara itu, JPJ akan meneruskan Task Force selama 2 bulan lagi dengan membuat
pemantauan terhadap status
recall dan kesediaan stok. Justeru, bagi melancarkan tindakan gerak kerja ini, pengeluar dikehendaki menyediakan stok yang mencukupi dalam tempoh 2 bulan.

Pihak HONDA pula bersetuju akan menghantar peringatan terakhir kepada pelanggannya dalam tempoh 2 minggu.

Fakta berkaitan:

  • Nissan mendahului senarai kenderaan yang masih tidak menukar beg udara iaitu sebanyak 132,417 unit, diikuti Toyota (104,781 unit)  dan Honda (71,413 unit)
  • Sebanyak 70,853 kenderaan sudah menukar beg udara mereka daripada 408,551 pucuk surat peringatan yang dihantar oleh JPJ dalam tempoh 26 Jun sehingga 4 September.
  • Syarikat Honda, Mazda dan Subaru mencatatkan bilangan stok beg udara yang mencukupi (100%)
  • Nissan mencatatkan bilangan stok yang tidak mencukupi sebanyak 42% manakala Toyota sebanyak 51%.
  • Stok tidak mencukupi yang tertinggi dicatatkan ialah Toyota Vios.
  • JPJ beri tempoh dua bulan supaya syarikat mencukupkan bilangan stok beg udara.

Status semasa jumlah stok beg udara mengikut pengeluar.

One Comment

  1. Pingback: Isu beg udara Takata – Honda seru para pemilik segera ambil tindakan!

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.