Berita Domestik

DRB-HICOM tawar VSS, struktur semula arah tuju perniagaan

Pada Julai 2018, DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM, Kumpulan) menyempurnakan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada semua kakitangan di ibu pejabat.

Skim ini adalah sebahagian daripada penyusunan semula Kumpulan yang bermula pada tahun 2016, yang dibuat bagi persediaan Kumpulan untuk memenuhi cabaran semasa dan masa hadapan yang bakal dihadapi dalam sektor-sektor di bawah Kumpulan.

Penyusunan semula itu diikuti oleh perubahan struktur, perubahan arah perniagaan dan juga perniagaan baharu di seluruh Kumpulan.

Laporan yang muncul dalam talian di portal automotif pada 6 September menyatakan bahawa 20 “eksekutif kanan dan terkemuka” telah meninggalkan syarikat ini.

Andaian dalam artikel ini seolah-olah menunjukkan bahawa ini adalah “pemberhentian beramai-ramai” yang luar biasa.

Sebenarnya skim perpisahan sukarela ini membolehkan kedua-dua pihak menamatkan hubungan profesional dengan baik.

Skim pemisahan tidak semestinya bererti syarikat berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Skim pemisahan membolehkan pekerja menerima pakej kewangan untuk menampung mereka untuk tempoh seketika, atau bersara, bergantung kepada keadaan.

Pekerja yang memilih skim pemisahan mempunyai peluang untuk merangkul cabaran baru di tempat lain dalam industri yang sama atau dalam industri baharu.

Pekerja yang masih kekal pula berpeluang menyahut cabaran baharu dalam syarikat dengan mengisi kedudukan kosong yang ditinggalkan

41 pekerja DRB-HICOM diberi surat VSS mereka berkuatkuasa 31 Ogos 2018, dan semuanya dari ibu pejabat di Shah Alam. Skim ini tidak dilanjutkan kepada syarikat-syarikat operasi seperti PROTON Holdings.

Satu majlis ringkas telah diadakan pada 30 Ogos untuk membolehkan kakitangan yang lama bekhidmat – yang sebahagiannya telah bersama dengan DRB-HICOM (sama ada sebagai entiti yang digabungkan atau sebagai dua syarikat berasingan sebelum tahun 2006) sejak 1982 – untuk mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat.

Sebagai tanda ikhlas DRB-HICOM, kakitangan yang berhenti akan terus menerima faedah kesihatan masing-masing sehingga akhir tahun kewangan semasa pada 31 Mac 2019.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.