Berita Domestik

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom dilancarkan – harga jualan bermula dari RM5,699

ECS Astar Sdn Bhd, pengedar dron berkamera jenama DJI di Malaysia hari ini telah melancarkan produk terbaharu di bawah siri Mavic, iaitu DJI Mavic 2 Pro; dron berkamera pertama yang dilengkapi dengan sistem kamera Hasselblad dan dan Mavic 2 Zoom.

Menurut CEO ECS ASTAR Sdn Bhd, Soong Jan Hsung berkata, “dengan pengenalan kedua-dua model dron ini diharap dapat memenuhi keperluan para peminat dron serta diterima dengan baik oleh para pelanggan kami.”

 

Mavic 2 Pro dibangunkan bersama dengan Hasselblad, peneraju utama di dalam penggambaran format bersaiz medium, sekaligus menampilkan penggunaan lensa daripada Hasselblad.

Ia turut menampilkan sistem sensor CMOS bersaiz 1 inci dengan profil warna 10-bit Dlog-M yang memberikan penawaran warna empat kali lebih menyerlah, terutama ketika proses mengedit gambar dan video.

Mavic 2 Pro mampu memberikan kualiti pengimejan udara bersaiz 20 Megapiksel dengan ketepatan warna yang jitu, serta menyokong bukaan aperture f/2.8-f/11 dan rakaman 4K 10-bit HDR.

 

Manakala Mavic 2 Zoom pula hadir dengan sensor CMOS 1/2.3 inci dan ciri zoom secara optikal (24-48 mm) dan digital, membolehkan pengguna merakam sesuatu objek tanpa perlu terbang dengan lebih dekat serta memberikan perspektif yang lebih dinamik.

Ciri Super Resolution pula membolehkan pengguna menggabungkan sembilan keping gambar untuk membentuk satu imej berdefinisi tinggi bersaiz 48 Megapiksel, ciri yang ideal untuk penggambaran pemandangan landscape.

Pihak DJI turut mendatangkan satu ciri khusus buat Mavic 2 Zoom ini dengan ciri terkini Dolly Zoom QuickShot, sebuah mod penggambaran yang selama ini hanya dikhaskan kepada cinematografer professional.

 

DJI Mavic 2 Pro dijual pada harga RM6,599 manakala DJI Mavic 2 Zoom pula dijual pada harga RM5,699 (harga jualan termasuk SST) dan boleh didapati di kesemua pengedar sah DJI bermula hujung September ini.

Pihak DJI juga menjual kit khusus ‘Fly More Kit’ yang terdiri daripada dua bateri simpanan, alat pengecas bateri, pengecas untuk kegunaan di dalam kereta, adapter, dua pasang propeller dan sebuah beg simpanan dengan harga jualan RM1,399 sahaja.

Selain daripada pengedar sah, DJI Mavic 2 Pro dan Zoom ini juga boleh didapati menerusi laman membeli belah atas talian Lazada.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.