Berita Domestik Elektrik

BMW Malaysia sasar bina 3,000 stesen pengecasan EV tahun hadapan

Kira-kira 3,000 stesen pengecasan untuk kenderaan elektrik (EV) bakal dibina bermula akhir tahun hadapan di seluruh negara bagi memenuhi keperluan dan menarik minat umum kepada penggunaan EV.

Menurut ketua pengurusan produk BMW Group, Dr. Alexander Kotouc berkata, BMW Malaysia berusaha untuk memanfaatkan perancangan yang dibawakan oleh Green Technology Malaysia Corporation (Green Technology) dan Tenaga Nasional Berhad Energy Services (TNBES).

“Di bawah inisiatif Green Technology dan TNBES, Malaysia dijangka bakal mempunyai kira-kira 1,000 buah stesen pengecasan elektrik di beberapa lokasi menjelang hujung tahun ini,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah selepas menyampaikan ucapan beliau yang bertajuk “Future Utility and Sustainable Development”.

“Malaysia sememangnya merupakan kunci utama bagi pasaran kenderaan elektrik kami (BMW) dan kami sasarkan penjualan sehingga 56% kenderaan plug-in hybrid (PHEV) menjelang tahun hadapan,” ujar Kotouc.

Oktober tahun lalu Petronas Dagangan Bhd, GreenTech Malaysia dan TNBES telah menandatangani perjanjian tiga hala bagi memasang 100 buah stesen pengecasan ChargEV bagi tahun 2018.

Disebabkan terdapat permintaan yang menggalakkan daripada para pemilik EV dan pengeluar, bilangan tersebut telah ditambah dan TNBES telah meningkatkan sasaran pembangunan kepada 1,000 unit untuk tahun ini.

Untuk pengetahuan, stesen pengecasan ChargEV yang terdapat di seluruh negara tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengguna.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.