Berita Domestik

Awas alat ganti palsu – KPDNHEP Kedah memberi amaran

Menerusi serbuan terkini yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP telah berjaya mendedahkan tiga buah premis yang disyaki menjual alat ganti palsu kepada orang ramai.

Menurut ketua unit penguatkuasa KPDNHEP Kedah, Chin Ching Chung berkata, ketiga-tiga premis tersebut dikesan membeli alat ganti palsu dengan harga yang sangat murah dan menjual kembali kepada umum pada harga alat ganti tulen bagi mengelirukan pengguna.

“Berdasarkan aduan daripada umum, terdapat alat ganti yang telah rosak setelah beberapa bulan dibeli dari kedai suspek, dan kami dapati peralatan (alat ganti palsu) tersebut dijual pada harga RM300-RM400 berbanding harga asal bernilai RM30 sahaja.”

Sebanyak 174 pad brek daripada pelbagai jenama bernilai RM36,300 telah dirampas ketika serbuan dijalankan, dan setakat ini Mitsubishi telah mengesahkan barangan yang dirampas itu merupakan barangan tiruan.

Menurut beliau lagi, barangan seperti pad brek perlulah mempunyai cop pengesahan daripada SIRIM dan sijil pengiktirafan bernombor MS1164.

Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 29 (1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

Chin turut menggesa mana-mana pelanggan yang terjejas akibat pembelian alat ganti palsu supaya melaporkan kejadian kepada pejabat KPDNHEP yang berhampiran.

Sumber: News Strait Times

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.