Berita Domestik Motosikal

Indian Motorcycle tawar rebat istimewa sempena Merdeka – jimat sehingga RM32 ribu

Indian Motorcycle, iaitu jenama motosikal lagenda dari negara Amerika Syarikat yang didatangkan ke Malaysia oleh pengedar tunggal, Harmony Fabulous Sdn Bhd, kini sedang mengadakan promosi sempena bulan kemerdekaan Malaysia.

Promosi yang dikenali sebagai Merdeka Special ini diberikan kepada dua model Indian Motorcycle iaitu Indian Scout dan Indian Chieftain Limited.

Tawaran ini turut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun tanpa had pembatuan, lima kali penyelenggaraan percuma bernilai lebih dari RM2,500 (termasuk harga buruh), voucher bernilai RM3,000 dan hadiah misteri.

Di samping itu harga tawaran untuk kedua-dua model tersebut adalah seperti berikut:-

•    Indian Scout (model tahun 2016) dalam warna Smoke Silver:
RM79,000 (Harga biasa: RM111,000)

•    Indian Scout (model tahun 2017) dalam warna Brilliant Blue:
RM88,000 (Harga biasa: RM111,000)

•    Indian Scout (model tahun 2018) dalam warna Willow Green:
RM99,000 (Harga biasa: RM111,000)

•    Indian Chieftain Limited (model tahun 2018) Thunder Black Pearl Graphics: RM204,000 (Harga biasa: RM233,000)

*kesemua harga di atas tidak termasuk insurans

Spesifikasi serba ringkas tentang model Indian Scout:

– Enjin 1133cc
– V-Twin enjin dengan transmisi 6-kelajuan
– Kuasa kuda maksima 100 h/p
– tork maksima 97.7 Nm
– saiz tangki minyak 12.5 liter
– ABS di bahagian depan dan belakang tayar

Spesifikasi serba ringkas tentang model Indian Chieftain Limited:

– Didatangkan dengan enjin Thunder Stroke 111 V-Twin
– Tork maksima 161.6 Nm
– ABS, push start button dan pelbagai ciri-ciri tambahan
– Infotainment dengan skrin sentuh yang bersaiz 7 inci
– Roda bersaiz 19 inci

Promosi ini akan berakhir pada 31 Ogos 2018. Sekiranya berminat sila lawati bilik pameran mereka di Naza Automall, Petaling Jaya dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 petang setiap hari.

 

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.