Berita Domestik Kereta

Kia umum Kempen Mega Merdeka 2018

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi Kia, telah melancarkan kempen Mega Merdeka Kia dengan tawaran eksklusif dan penambahan nilai istimewa untuk model Kia Cerato 1.6 SX dan Kia Picanto EX sempena menyambut bulan kemerdekaan ini sebelum SST dilancarkan pada bulan September nanti.

Sepanjang tempoh kempen ini, Kia Cerato 1.6 SX ditawarkan harga permulaan dari RM83,032.45 (tanpa insuran) dan Kia Picanto EX pula dari harga permulaan RM47,079.43 (tanpa insuran).

Kedua-dua model ini didatangkan dengan jaminan pengilangan lima tahun tanpa had pembatuan.

Selain dari harga tawaran yang diberikan, pelanggan juga akan menerima kad Sim, Red One bagi setiap pembelian untuk salah satu dari model yang ditawarkan ini.

Penambahan keistimewaan juga diberikan kepada setiap pembelian Cerato 1.6 SX dimana pelanggan akan mendapat perkhidmatan penyelenggaraan percuma bagi tempuh tiga tahun pertama termasuk alat ganti dan tenaga kerja.

Kempen Mega Merdeka Kia ini sedang berlangsung sehingga 31 Ogos 2018, sementara stok masih ada.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.