Gear Pelancaran

Luminox Scott Cassel Deep Dive 1550 Series dilancarkan

Scott Cassell merupakan seorang penyelam professional dan bekas tentera yang mahir dalam operasi ketenteraan, operasi khas anti-pengganas dan dikatakan menggunakan jam tangan Luminox sebagai salah sebuah Essential Gear ketika berkhidmat.

Kini, beliau masih meneruskan minat menyelam di dasar lautan menerusi organisasi bukan berasaskan keuntungan Sea Wolves Unlimited dan Undersea Voyager Project yang membantu para pengkaji, pensyarah, pelajar dan saintis mengenali dengan lebih mendalam mengenai kehidupan di dasar lautan.

Bagi menyokong usaha murni yang dilakukan oleh Scott Cassell, Luminox hadir dengan siri koleksi jam tangan terkini Scott Cassell Deep Dive 1550 Series, buat pertama kalinya menampilkan penggunaan bahan ultra-ringan CARBONOX+TM pada siri Deep Dive.

Didatangkan dalam empat model, kesemua jam tangan Deep Dive 1550 Series ini hadir di dalam casis Carbonox+TM bersaiz 46 mm yang diperbuat daripada bahan berasaskan karbon – 3 kali lebih ringan berbanding titanium, hypoallergenik, serta tahan lasak untuk kekal beroperasi sehingga kedalaman 300 meter di dasar laut.

Koleksi terbaharu ini juga menampilkan ciri Bezel Locking System yang telah didaftarkan bertujuan untuk mengunci pergerakan bezel daripada bertukar ketika menjalankan misi menyelam di bawah permukaan air, selain bertindak sebagai pelindung kepada crown daripada hentakan luar yang mungkin timbul ketika sedang menjalankan misi.

Seperti mana kelaziman sebuah jam tangan Luminox, Scott Cassell Deep Dive 1550 Series ini hadir dengan ciri bantuan pencahayaan gas tritium LLT (Luminox Lighting Technology) yang dijamin sehingga 25 tahun tanpa sebarang bantuan cahaya tambahan, terutama ketika di dasar lautan yang gelap.

Didatangkan dengan empat rekaan dial yang berbeza warna, Scott Cassell Deep Dive 1550 Series dijana menggunakan pergerakan quartz Swiss Made dengan bateri lithium yang mampu bertahan sehingga lapan tahun.

Dengan pelancaran jam tangan koleksi Deep Dive terbaharu ini, Luminox berbesar hati mengumumkan sebahagian daripada jualan jam tangan siri ini akan didermakan kepada organisasi di bawah kelolaan beliau, sebagai sokongan kepada misi murni Scott Cassell menyelamatkan ekosistem lautan dalam.

Jam tangan jenama Luminox boleh didapati di Parkson KLCC, Parkson Pavilion, Parkson Sunway Velocity, Isetan KLCC, Isetan 1Utama, SOGO serta mana-mana pengedar jam tangan utama di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Crystal Time (pengedar rasmi jenama Luminox) di alamat www.crystaltime.com.sg atau laman Facebook di www.facebook.com/LuminoxMalaysiaBrunei atau menghubungi talian +603 2938 3938.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.