Berita Domestik

Petronas Dynamic Diesel Euro 5 kini mula dijual di Sabah

Sejajar dengan usaha memenuhi permintaan terhadap minyak diesel yang berkualiti tinggi serta tidak mencemarkan alam sekitar, Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah memperluaskan penawaran diesel Euro 5 ke negeri seterusnya, iaitu Sabah.

Berdasarkan ujian yang dilakukan secara terperinci di makmal, Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive mampu membuang sisa bahan api, melindungi penyuntik bagi membenarkan ia membersihkan enjin untuk memastikan tahap operasi enjin yang lebih optimum, perjalanan yang lancar seterusnya memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik.

Menurut Aadrin Azly, Ketua Perniagaan Runcit PDB berkata, “Semenjak pengenalan diesel Euro 5 di Semenanjung dan di Sarawak, kami telah menerima maklum balas yang positif serta melihat peningkatan jualan bahan api diesel.”

“Oleh sebab itu, kami menambah lagi usaha memperluaskan penawaran diesel yang bersih dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia, termasuklah Sabah,” ujar beliau.

Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive terbukti mampu meningkatkan tahap pembakaran di dalam enjin, menghasilkan emisi yang rendah, kurang bunyi dan pemanduan yang lebih lancar, terima kasih kepada kandungan cetane yang tinggi berbanding bahan api diesel jenama lain.

Hal ini dibuktikan menerusi trip Experience to Believe yang dianjurkan baru-baru ini melibatkan pelbagai jenis kelab kereta berkuasa diesel bagi menguji sendiri keberkesanan bahan api dari Petronas ini.

Menurut Ritchie Fernandez yang memandu sebuah Mitsubishi Triton, “Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive ini mampu memberikan penjimatan terhadap penggunaan bahan api seharian.”

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.