Berita Domestik

Game-On with Toyota – Rebut peluang menangi hadiah bernilai RM60 ribu!

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan penglibatannya secara terus ke dunia sukan E-sports, sekaligus menjadikannya syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang membabitkan diri dalam sukan tersebut.

Langkah pertama penglibatan Toyota adalah selaras dengan penganjuran Kejohanan Toyota Velocity E-sports, satu acara perlumbaan peringkat kebangsaan yang terbesar di Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 21 hingga 23 September ini.

Rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi pemandu simulator pemainan Gran Turismo ini boleh menyertai pertandingan ini tanpa sebarang yuran pendaftaran, walaubagaimanapun ia terhad kepada 400 pendaftaran terawal sahaja.

Menerusi permainan ini, para peserta akan diberikan peluang untuk mengendalikan sebuah Toyota Supra GR Concept yang cukup mengujakan di litar lumba lagenda Suzuka, Jepun dan berpeluang untuk merebut hadiah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM60,000.

Di kejohanan tersebut, terdapat juga “Exhibition Race“  yang bakal disertai oleh selebriti-selebriti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung ini tidak wajar dilepaskan oleh para peminat dan penggemar E-sport.

Maklumat yang lebih terperinci tentang prosedur pendaftaran, program dan acara-acara menarik akan diumumkan tidak lama lagi menerusi laman rasmi Toyota di www.toyota.com.my

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.