Berita Domestik

Anugerah Penasihat Servis Cemerlang (NISAC) dirangkul Tan Chong Ekspress Auto Service Sdn Bhd

Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) baru-baru ini telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Anugerah Penasihat Servis Cemerlang Nissan Rantau Asia (NISAC) yang diadakan di Thailand.

Ernest Chong Ruichen dari Pusat 3S Nissan Kuching yang memenangi Pertandingan NISAC Kebangsaan yang diadakan pada April 2018, telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat serantau.

Menjadi peserta paling muda, Ernest Chong mengungguli pertandingan Penasihat Servis, sekali gus mengalahkan ramai peserta lain yang lebih berpengalaman dari Hong Kong, Singapura, Republik Korea, Filipina, Brunei dan Sri Lanka.

Beliau dipilih atas kemahiran insaniah yang luar biasa, selain pengendalian di bahagian Jualan dan Cara Servis Nissan (NSSW) serta daya pemikiran yang berkepentingan kepada pelanggan.

Pertandingan Anugerah Penasihat Servis Cemerlang Nissan Rantau Asia (NISAC) merupakan satu pertandingan peringkat serantau yang dianjurkan oleh Nissan Motor Co Ltd. (NML). Ia bermatlamat untuk mengiktiraf dan memberi anugerah kepada penasihat servis daripada divisyen Selepas Jualan dan Servis yang mempunyai kemahiran terbaik.

Pertandingan ini menilai pelbagai aspek termasuklah teknik mengalu-alukan pelanggan, keseriusan dalam memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, ketelusan yang memberi ketenangan minda kepada pelanggan serta penjelasan jujur agar pelanggan faham sepenuhnya.

“Kami amat bangga atas pencapaian Ernest Chong yang dinobatkan sebagai juara NISAC. Menjadi pemenang paling muda, beliau akan menjadi model contoh dalam menetapkan standard kualiti servis kepada penasihat servis Nissan yang lain di Malaysia. Kami akan terus menambah baik kemahiran dan keupayaan pakar servis dan menyediakan pelanggan dengan sokongan selepas jualan serta servis yang konsisten,” kata Ketua Selepas Jualan TCEAS, Michael Yao Tsu-Wei.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.