Pelancaran

Isuzu D-Max X-Series – 210 unit terhad, harga bermula dari RM118k!

Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. telah memperkenalkan edisi terhad mereka, Isuzu D-Max X-Series yang akan menarik perhatian mereka yang mencari trak pikap berkonsep urban sports.

Pelancaran kenderaan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi bagi Kenderaan Komersial Ringan Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

 

 

Antara ciri pembaharuan pada bahagian luaran utama termasuk skirting depan atletik dengan dwi tona pancaran warna merah yang memberikan penampilan lebih menarik.

Skirting belakang sporty direka bersama dengan aero sport bars untuk meningkatkan lagi penampilan metropolitannya yang bertenaga.

Pakej aksesori luaran lain untuk versi edisi terhad ini termasuk logo Isuzu yang eksklusif berwarna merah di tailgate belakang kereta dengan lambang X-Series.

 

 

Di bahagian hadapan, perubahan termasuk gril depan berwarna kelabu dengan logo Isuzu merah yang meningkatkan pesona sportynya.

Identiti penting untuk edisi terhad ini, Isuzu D-Max X-Series, adalah decal badannya yang tidak dapat dijumpai pada varian standard mereka yang lain.

Reka bentuk jalur sporty telah ditambahkan ke permukaan bonetnya dan juga pada cermin hadapan.

Terdapat lampu aluan (welcome light) yang menjadi ciri standard untuk varian edisi terhad ini yang akan menyala apabila kunci kereta dibuka selama 30 saat.

 

Isuzu D-Max X-Series juga menawarkan aksesori standard lanjutan termasuk ciri-ciri seperti sistem 360 ° Around View Monitor (AVM), tag elektronik dalam kereta dan tempat duduk kulit dengan jahitan bentuk sarang lebah.

AVM adalah ciri baharu yang menggunakan empat kamera luaran agar memberikan pandangan keselamatan yang lebih tinggi.

Kamera AVM ini membantu pemandu melihat objek di sekeliling kenderaan, terutamanya kehadiran objek terlindung pada titik buta yang mungkin tidak dapat dilihat dari tempat duduk pemandu.

 

 

Satu ciri menarik untuk kemudahan rakyat Malaysia ialah ciri pembaca Smart Tag yang diletakkan dibahagian konsol tengah dengan amaran yang akan berbunyi sekiranya baki kad Touch and Go anda kurang daripada RM10.

Perubahan lain yang menonjol untuk edisi terhad ini adalah lampu LED dalaman berwarna merah dan illuminasi LED pada plat rocker memberikan rasa premium untuk pemandu dan penumpang.

Lampu merah akan menyala secara automatik apabila pintu dibuka dan dikunci. Ia juga membantu meningkatkan penglihatan di dalam kabin semasa keadaan gelap.

 

Harga jualan edisi terhad Isuzu D-Max X-Series bermula dari RM 118,000.00 untuk 2.5L dan RM 124,000.00 untuk 3.0L tanpa insurans (Semenanjung Malaysia).

Ia boleh didapati dalam dua warna; Silky Pearl White dan Stallion Black Metallic. Setiap pembelian X-Series dilengkapi dengan pek premium yang terdiri daripada beg silang X-Series yang eksklusif, tumbler, rantai kekunci dan kad Touch N Go.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelbagai kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau lawati www.isuzu.net.my/pickup/.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.