Pelancaran

Honda Dash 125 serba baharu dilancarkan dari harga RM5,999

Demi memperkukuhkan pegangan di dalam pasaran motosikal segmen moped, Boon Siew Honda (BSH) hari ini melancarkan Honda Dash 125 serba baharu dengan rekaan bergaya serta prestasi yang lebih baik, bertempat di IPC Shopping Centre.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda, memandangkan permintaan yang tinggi daripada pelanggan terhadap motosikal cub bersesaran tinggi, pihak BSH amat teruja memperkenalkan Dash 125 baharu.

 

Dash 125 telah menerima beberapa ciri baharu  daripada model Wave Dash yang diperkenalkan tujuh tahun lalu, seperti enjin 125cc yang memberikan tunggangan yang lebih baik pada harga yang berpatutan.

 

Dengan rekaan baharu yang lebih bergaya seperti lampu LED, jalur rim bergaya, rekaan cermin sisi serta rekaan meter serba baharu, Dash 125 turut menerima beberapa warna seperti Pearl Magellanic Black, Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Edisi terhad Repsol.

 

 

Berikut merupakan harga jualan Honda Dash 125

  • Dash 125 (brek cakera tunggal) – RM5,999
  • Dash 125 (brek cakera kembar) – RM6,299
  • Dash 125 Edisi Repsol – RM6,499

 

Setiap pembelian Dash 125 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km yang mana terdahulu.

 

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.