Informasi

Volvo Car Leasing – sistem pembelian secara pajakan

Volvo Car Malaysia hari ini menandatangani perjanjian servis pajakan kenderaan bersama MyMotor (MYEG Fintech) sekaligus memperkenalkan Volvo Car Leasing bagi memudahkan para pelanggan menikmati pemilikan kenderaan Volvo tanpa sebarang masalah.

 

Majlis tandatangan tertutup itu yang bertempat di Ibu Pejabat Volvo Car Malaysia itu turut dihadiri oleh Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia dan Justin Cheah, CEO MyMotor.

 

 

Program pertama yang seumpama itu diperkenalkan di rantau Asia Tenggara menawarkan para pelanggan untuk memiliki sebuah kereta Volvo tanpa perlu memikirkan perkara-perkara yang berbangkit seperti jaminan insurans, cukai jalan, kos penyelenggaraan dan waranti.

 

Tambahan pula, pada akhir kontrak pajakan itu, para pelanggan akan diberi pilihan sama ada untuk membeli kereta tersebut pada harga pasaran, membawa pulang kereta baharu atau semudah memulangkan semula kereta tersebut kepada pengedar.

 

Dengan bayaran bulanan serendah RM2,762, program ini meliputi kesemua model Volvo yang dijual di pasaran Malaysia dan turut didatangkan dengan pakej Volvo Service Agreement Plus (VSA+) yang meliputi pilihan barangan pakai dan lusuh yang menambah lagi ketenangan minda para pemilik.

 

Menurut Cheah, menerusi program ini, para pelanggan akan menikmati lebih penjimatan jika dibandingkan dengan pembelian tipikal kenderaan baharu, di samping memberikan kebebasan kepada mereka di akhir kontrak pajakan.

 

Tambahnya lagi, para pelanggan tidak perlu risau untuk melupuskan atau menjual kenderaan mereka ketika kontrak pajakan berakhir.

 

Selaras dengan pelancaran Volvo Car Leasing, kesemua model yang dijual bakal ditawarkan dengan kadar harga promosi bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2018, serta baucer petrol percuma bernilai RM300 menanti para pelanggan ketika tempoh promosi berjalan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Volvo Car Malaysia di alamat http://volvocars.com.my atau mengunjungi pusat pengedar Volvo yang berhampiran.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.