Informasi

Pusat Pameran 3S Volvo dibuka di Batu Pahat, Johor

Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan pembukaan Pusat Pameran bertaraf 3S di Batu Pahat dengan melantik AJ Premium Motors Sdn Bhd sebagai wakil pengedar terkini jenama itu.

 

Dengan pembukaan cawangan ke sembilan di Batu Pahat, ia akan memberikan khidmat jualan, servis serta alat ganti kepada penduduk sekitar Muar, Batu Pahat, Segamat serta Kluang.

 

Menurut Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata, “terdapat peningkatan tahap minat para pelanggan terhadap jenama Volvo dan (bagi memenuhi keperluan itu) kami kini sedang mengatur langkah meluaskan lagi rangkaian pengedar di seluruh Malaysia.”

 

Tambah beliau lagi, program transformasi jualan dan khidmat selepas jualan yang dijalankan kini bukan sahaja bertujuan untuk meluaskan lagi cawangan, malah ia juga mampu meningkatkan tahap kompetensi para pengedar demi memberikan mutu khidmat yang terbaik kepada para pelanggan.

 

 

Pada masa yang sama, pihak Volvo Car Malaysia mengadakan upacara penyerahan kunci kepada pemilik Volvo pertama di Batu Pahat yang memiliki sebuah Volvo XC60 T5.

 

Pusat Pameran 3S Volvo Batu Pahat ini direka berdasarkan piawaian Volvo Retail Experience (VRE) Eropah menampilkan elemen Scandinavia yang pastinya memberikan nilai pengalaman pembelian yang menarik kepada para pelanggan dan peminat Volvo secara amnya.

 

Volvo Batu Pahat dibuka setiap hari kepada orang ramai bermula dari 9.00 pagi sehingga 5.00 petang termasuklah hari ahad dan cuti umum (11.00 pagi – 5.00 petang).

 

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.