Informasi

Promosi istimewa dengan pembelian Volkswagen secara online

Untuk mereka yang berminat dengan Volkswagen, jangan lupa kerana syarikat kereta Jerman itu bakal melancarkan platform belian atas talian (online) khusus untuk penjualan kenderaan jenama itu.

 

Dikenali dengan nama Volkswagen Marketplace, ia adalah usaha dari Volkswagen sendiri untuk meningkatkan penjualan secara atas talian.

 

Menurut laman web Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Marketplace bakal dilancarkan dalam lusa.

 

Tahun lalu, VPCM membuat kejutan dengan berjaya menjual sebanyak 12 unit Volkswagen Beetle dalam masa 20 minit sahaja.

 

 

 

Beetle itu dijual dengan harga RM112,112 di Lazada, satu harga yang terbukti lebih murah dari biasa.

 

VPCM dipercayai akan membuat jualan-jualan dengan harga promosi tersebut di Marketplace.

 

 

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.