Informasi

HI-REV umum pasukan tajaan bagi musim perlumbaan 2018

Awal bulan yang lalu, HI-REV Racing telah mengumumkan pasukan tajaan mereka yang dinamakan HI-REV SCK Racing Team, HI-REV JOBARU PIAWW Racing Team dan juga HI-REV Dream Chaser Racing Team.

 

Hadir bersama pada majlis tersebut ialah Pengurus Besar HI-REV, Valerie Poon, Pengurus daripada ketiga-tiga pasukan tajaan serta anak muda berbakat yang terlibat di dalam Program Bakat Muda HI-REV, Adam Khalid dan Danial Bogers.

 

Majlis yang diadakan di Genting Highlands itu turut sama menayangkan jentera-jentera yang akan berlumba di bawah naungan HI-REV.

Penyertaan HI-REV pada musim perlumbaan 2018 ini memperlihatkan aksi HI-REV di dalam sukan perlumbaan kereta dan perlumbaan motosikal dua lejang.

Sebanyak 13 buah motosikal dan dua buah kereta bakal bertanding pada kejuaraan berikut:

  • Asia Road Racing Championship 2018
  • Malaysian Cub Prix Championship 2018
  • Malaysia Superbike Championship 2018
  • MSF Superbikes 2018
  • King of 2T 2018
  • MSF Racing Series 2018
  • Malaysia Championship Series 2018

 

Seiring dengan pengenalan pasukan tajaan HI-REV, pihak mereka juga turut memperkenalkan pelincir prestasi premium iaitu TorQe PRO Premium Motor Oil yang dibangunkan khusus untuk kereta berprestasi tinggi.

 

 

Dengan campuran unik PAO dan teknologi Ester Plus, ia menawarkan prestasi pelinciran yang mengkagumkan serta melindungi kesan tekanan akibat tenaga haba yang terhasil bagi memastikan kadar prestasi kekal optimum di bawah tekanan yang tinggi.

 

Pelincir TorQe Pro Fully Synthetic 5W40 dijual pada harga yang disarankan RM280 untuk pek tin 4 liter.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi HI-REV di alamat www.facebook.com/hirevjunction 

 

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.