Informasi

Didi Resources kini pengedar rasmi Aprilia Malaysia

Kumpulan Piaggio hari ini secara rasmi mengumumkan perlantikan Didi Resources Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi Aprilia untuk Malaysia bermula 1 Ogos kelak.

 

Didi Resources akan mengambil alih jenama motosikal Itali itu dari Naza Premira yang telah menjadi pengimport dan pengedar Aprilia sejak tahun 2013.

 

Menurut Gianluca Fiume, Pengerusi dan Pengarah Besar Piaggio Vietnam dan juga Naib presiden Eksekutif untuk Asia Pacific 2-Wheeler, pemilihan Didi Resources ialah antara strategi Piaggio untuk meletakan jenama Aprilia dan Moto Guzzi di bawah satu syarikat di Malaysia.

 

Ibu pejabat baharu bagi Aprilia ialah di Gasket Alley di Petaling Jaya, sama dengan Moto Guzzi.

 

Sebelum ini, Didi Resources juga telah mengambil-alih jenama Harley-Davidson dari Kumpulan Naza. Jenama Amerika Syarikat itu turut mempumnyai pengkalan utamanya di Gasket Alley.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.