Berita Domestik

Proton 1 Tank Adventure, siri pengembaraan bersama Proton

Pertandingan 1 Tank Adventure bersama Proton telah dilancarkan sebentar tadi bertempat di PESB COE Subang. Pertandingan yang bermula dari hari ini sehingga 5 Ogos 2018 akan berakhir di Penang dengan siri pengembaraan di beberapa zon di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

 

Objektif utara siri pengembaraan 1 Tank Adventure ini adalah untuk meneroka budaya dan sejarah di dalam negara termasuk menikmati pelbagai masakan tempatan. Apa yang perlu dikecapi melalui pengembaraan ini adalah untuk menunjukkan penjimatan bahan api dan perbatuan yang lebih dengan pemanduan jentera Proton iaitu Iriz, Saga dan Persona.

 

 

Lokasi Pertandingan:

Kawasan Tempoh Pertandingan Titik Mula Titik Akhir
Tengah 17 – 18 Julai 2018 PESB COE Setia Gemilang Auto Sdn Bhd (Shah Alam)
Pantai Timur 21 – 22 Julai 2018 PESB Kuala Terengganu PESB Kuala Terengganu
Malaysia Timur 24 – 25 Julai 2018 PESB Inanam PESB Inanam
Selatan 28 – 29 Julai 2018 Kulis Auto Sdn Bhd (Johor Bahru) Juara Mulia Sdn Bhd (Johor Bahru)
Utara 31 Julai – 1 Ogos 2018 Top Zone Auto Gallery (Butterworth) PESB Juru, Penang
Peringkat Akhir 4 – 5 Ogos 2018 PESB Kulai Penang

 

Mekanisme pertandingan ini adalah seperti berikut:-

  • memandu sekurang-kurangnya 600km dengan hanya satu tangki minyak
  • waktu daftar masuk yang telah ditetapkan di setiap perhentian
  • kesemua kereta yang mengambil bahagian akan mengisi minyak di lokasi permulaan dan bahagian penutup tangki minyak akan ditutup dengan pita khas
  • mana-mana peserta yang mengisi minyak di sepanjang pengembaraan akan hilang kelayakan
  • dua orang setiap kereta

 

 

 

Pertandingan ini dibuka kepada semua warganegara dan pemastautin Malaysia, mempunyai lesen memandu yang sah (kelas D) dan berumur di antara 22 sehingga 55 tahun dan mempunyai pengalaman memandu sekurang-kurangnya lima tahun.

Bagi kategori kenderaan pula, kendaraan yang layak untuk memasuki pertandingan ini adalah:

– Proton Saga 1.3 CVT (dari September 2014)
– Proton Iriz 1.3 CVT (dari September 2014)
– Proton Persona 1.6 CVT (dari Ogos 2016)

Kepada yang berminat untuk mengambil bahagian di peringkat kawasan, anda perlu:-

i. Ambil gambar anda atau swafoto bersama kereta Proton (cuma kereta yang tersenarai seperti di atas sahaja) dengan gaya yang menunjukkan rasa ‘sayang’ anda kepada kenderaan anda.

ii. Muatnaik ke laman Facebook atau Instagram bersama kapsyen “I WANT TO PARTICIPATE!” dan tag @ProtonCarsOfficial (Facebook) atau @ProtonCars (Instagram).
Hashtag (#) kawasan pilihan anda dan
Hashtag (#) nama acara “1 Tank Adverture
Contoh:
I WANT TO PARTICIPATE!@ProtonCarsOfficial
#Saga
#PantaiTimur
#PROTON1TankAdventure

iii. Dapatkan ‘likes’ untuk pos Facebook atau Instagram anda sebanyak mungkin.

*pastikan profil Facebook dan Instagram anda ditetapkan kepada umum (public).

 

 

Tarikh tutup penyertaan di peringkat daerah (saringan) adalah seperti berikut:-

Wilayah Tarikh Tutup
Tengah 12 Julai 2018 sebelum 5 petang
Pantai Timur 16 Julai 2018 sebelum 5 petang
Malaysia Timur 19 Julai 2018 sebelum 5 petang
Selatan 24 Julai 2018 sebelum 5 petang
Utara 26 Julai 2018 sebelum 5 petang

Peringkat Saringan

– Peraduan diadakan sama ada pada hari Selasa dan Rabu atau Sabtu dan Ahad bergantung kepada zon daerah/wilayah.

– Di peringkat daerah seramai 18 kumpulan akan bersaing di mana setiap pasukan terdiri daripada pemandu dan pembantu pemandu.

– Kumpulan kenderaan akan dibahagikan seperti berikut:-

 

Setiap Wilayan Saga Iriz Persona Jumlah Kumpulan
Media 2 2 2 6
Selebriti/KOLs 1 1 1 3
Ahli Kelab Proton atau orang awam 3 3 3 9
Jumlah 6 6 6 18

 

 

Hadiah Peringkat Saringan

Posisi Ahli Kelab Proton, KOLs, Selebriti dan orang awam Media Jumlah
1st Iriz RM2000 RM2000 RM4000
2nd Iriz RM1500 RM1500 RM3000
3rd Iriz RM1000 RM1000
1st Saga RM2000 RM2000 RM4000
2nd Saga RM1500 RM1500 RM3000
3rd Saga RM1,000 RM1000
1st Persona RM2,000 RM2,000 RM4000
2nd Persona RM1500 RM1500 RM3000
3rd Persona RM1000 RM1000

 

 

Peringkat Akhir

– Kesemua 30 pemenang dari peringkat zon daerah/wilayah akan mara ke peringkat akhir bagi persaingan lebih besar.

– Peringkat akhir akan bermula dari Proton Plentong, Johor Bahru dan berakhir di Pulau Pinang.

Pemenang Media Pantai Timur Tengah Malaysia Timur Selatan Utara Peserta Peringkat Akhir
Saga 1 1 1 1 1 5
Iriz 1 1 1 1 1 5
Persona 1 1 1 1 1 5
Jumlah Pemenang Peringkat Kawasan 3 3 3 3 3 15

 

Pemenang KOL/Selebriti/Ahli Kelab/Awam Pantai Timur Tengah Malaysia Timur Selatan Utara Peserta Peringkat Akhir
Saga 1 1 1 1 1 5
Iriz 1 1 1 1 1 5
Persona 1 1 1 1 1 5
Jumlah Pemenang Zon 3 3 3 3 3 15
Jumlah untuk peringkat akhir 6 6 6 6 6 30

 

Posisi Ahli Kelab Proton, KOLs, Selebriti dan orang awam Media Jumlah
1st Iriz RM3000 RM3000 RM6000
1st Saga RM3000 RM3000 RM6000
1st Persona RM3,000 RM3,000 RM6000
Jumlah RM9000 RM9000 RM18000

 

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.