Berita Domestik

Potongan harga sehingga RM113K sempena kempen ‘Seize the Deal’ dari Ford

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘Seize the Deal’ yang menawarkan rebat hebat sehingga 17 peratus, selain pengurangan GST enam peratus ke atas model-model terpilih Ford.

 

Menerusi promosi yang menarik ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM113,000 yang sah di seluruh negara untuk semua varian Ford Mustang, Fiesta dan Ranger sehingga 31 Ogos 2018.

 

Melalui kempen ini, kereta ikonik Ford Mustang ditawarkan pada harga bermula RM396,270 dengan penjimatan sehingga RM113,000 (rebat sehingga 13 peratus dan sifar GST) turut didatangkan jaminan daripada pengeluar selama tiga tahun.

 

Ford Fiesta yang sporty kini boleh didapati pada harga promosi bermula RM68,401 dengan rebat sehingga 17 peratus dan penjimatan mencecah RM20,300.

 

Manakala pelanggan yang mahukan trak pikap yang lasak, berkeupayaan tinggi, pintar dan menawarkan ruang kabin selesa seperti sebuah kereta pula boleh menikmati rebat sehingga 10 peratus dan penjimatan sehingga RM19,830 untuk trak pikap Ford Ranger pada harga jualan bermula dari RM70,910.

 

Maklumat lanjut mengenai Ford, sila layari laman web pelbagai bahasa SDAC www.sdacford.com.my

 

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.