Berita Domestik

Nissan Serena S-Hibrid menerima 4,000 unit tempahan

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu telah menerima 4,000 tempahan setakat 30 Jun 2018 dengan 1,900 unit telah didaftarkan dalam tempoh hanya 7 minggu selepas ia dilancarkan secara rasmi.

 

Menurut Christopher Tan, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM berkata, “Penerimaan pasaran yang positif membuktikan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu ialah sebuah MPV yang popular di Malaysia.”

 

“Keputusan ini memberi semangat kepada kami. Justeru, kami telah meningkatkan produksi serta bekerjasama rapat dengan pembekal alat ganti tempatan, bagi memastikan produk dan kenderaan berkualiti dapat diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya,” tambah beliau.

Pada masa yang sama, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd telah memperkenalkan kempen “Joyful Tax Holiday” pada Julai pada kadar GST 0% dan Penjimatan Duit Raya.

 

 

Almera
(1.5L E Auto)

 

Grand Livina
(1.6L Auto)
X-Trail
(2.5L 4WD Auto)
All-New Serena
(2.0L Highway Star)
Navara
(2.5L VL Auto)
Teana
(2.0L XE Auto)
Harga jualan
0% GST
 

RM68,129.62*

 

RM85,968.31* RM150,255.49* RM127,874.84* RM114,029.08* RM119,852.55*
Penjimatan Duit Raya  

RM7,500.00

 

RM7,000.00 RM10,000.00 RM2,000.00 RM8,000.00 RM5,000.00
Trade-in Jaminan Penjimatan 2 Tahun  

RM1,000.00

RM1,000.00 RM2,000.00 RM2,000.00 RM2,000.00 RM2,000.00
Harga Akhir  

RM59,629.62

 

RM77,968.31 RM138,255.49 RM123.874.84 RM104,029.08 RM112,852.55

 

Bukan itu sahaja, pelanggan boleh membeli varian Almera 1.5L VL yang kini hadir dengan pakej aksesori istimewa bernilai RM 8,955.66* merangkumi NISMO Aerokit yang sporty, skrin sentuh bersaiz 7 inci dengan ciri sambungan telefon pintar, WI-FI, navigasi dan kamera undur, perakam video pemanduan, tempat duduk kulit dan tinted Solar Guard.

 

Selain daripada itu, Nissan Nurtures Nature kini memasuki siri kedua yang akan bertempat di Sabah dan Sarawak pada minggu ini pada 7 sehingga 8 Julai 2018.

 

Bertempat di ETCM Kuching dan Imago KK Times Square, ia diadakan serentak dengan Karnival Pandu Uji Nissan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar dan memupuk gaya hidup yang lebih sihat yang tertumpu kepada tiga elemen utama iaitu Reduce (mengurangkan), Recycle (kitar semula) dan Reconnect (hubung semula) kepada alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.