Berita Domestik

Musim kedua untuk TGR Racing Festival!

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan arah tuju baharu bagi jenama Toyota di Malaysia.

 

Arah tuju bagi ini diambil sebagai maklum balas kepada perubahan suasana dan persekitaran perniagaan serta jangka pelanggan yang semakin tinggi.

 

Presiden UMWT, Ravindran K berkata, dengan arah tuju baharu jenama Toyota akan memastikan jenama itu terus maju sambil mengikut perkembangan semasa dalam landskap industri serta permintaan serta keadaan pasaran ketika ini.

 

“UMWT turut memberi suntikan pemikiran serta semangat baru yang lebih segar terhadap platform penjenamaan ‘All About the Drive’.

 

“All About the Drive’ kini diterajui oleh dua janji jenama Toyota bagi pelanggan, iaitu untuk menjadikan pemanduan harian lebih menyeronokkan serta menjadikan lebih dikenali terhadap barisan produk, servis dan jalinan rangkaian,” katanya.

 

Ravindran berkata, pihaknya akan menyediakan nilai tambah yang lebih tinggi serta barisan produk lebih maju dengan ciri keselamatan dan perhubungan terkini.

 

 

Menurutnya, pada masa sama, UMWT mahu memastikan pengalaman pemilikan kenderaan Toyota bagi setiap pelanggan berada pada tahap tertinggi.

 

“Jadi mereka tidak perlu risau terhadap apa pun, melalui perkhidmatan yang dipertingkatkan serta jalinan rangkaian Toyota,” katanya.

 

Serentak dengan itu, UMWT melancarkan musim kedua Vios Challenge pada Ogos ini dengan membabitkan kategori Super Sporting (pelumba profesional) dan Promotional (selebriti tempatan).

 

Beberapa selebriti yang terlibat di dalam musim pertama sebelum ini seperti Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee dan Syukri Yahya akan turut sama mengikuti perlumbaan pada musim kedua.

Pada masa sama, enam selebriti baharu akan menyertai perlumbaan memberikan saingan pada musim kedua yang disertai Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad.

 

 

Tidak terhenti setakat itu, UMWT telah menyusun pelbagai acara menarik yang akan menjadi tumpuan seisi keluarga termasuk acara e-sukan.

 

TGR Racing Festival itu akan bermula di Pantai Timur di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 2 sehingga 4 Ogos ini.

 

Diikuti di MAEPS Serdang, Selangor, pada 19 sehingga 21 Oktober 2018 dan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (22-24 Februari 2019) dan Litar Antarabangsa Sepang (12-14 April 2018).

 

Masih mengekalkan format asal seperti musim yang pertama, kesemua pelumba akan menggunakan jentera yang identikal bagi mewujudkan persaingan yang sengit di antara skil berlumba para peserta.

 

Orang ramai boleh melayari laman rasmi Toyota Gazoo Racing di alamat www.toyotagazooracingmalaysia.com.my atau laman rasmi media sosial berikut:

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.