Berita Domestik

Mercedes-Benz Malaysia lancarkan E 300 AMG Line versi CKD

Mercedes-Benz E 300 AMG Line diperkenalkan untuk menggantikan model E 350 plug-in hybrid yang akan dihentikan pengeluarannya.

E 300 AMG Line ini dijangka bakal berada di tempat pertama bagi rangkaian model E-Class untuk segmen eksekutif premium.

 

Anggaran harga adalah RM388,888 berbanding model sama versi CBU yang berharga RM458,888. Model E 300 AMG Line ini melengkapkan barisan yang sedia ada iaitu E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde dan E 250 Eksklusif.

 

 

Spesifikasi model CKD ini hampir sama dengan versi CBU dengan hanya satu perbezaan iaitu roda aloi 20 inci berbanding 19 inci.

Spesifikasi lain adalah seperti berikut:-

– enjin turbo empat silinder
– transmisi sembilan kelajuan 9G-Tronic
– 245 hp
– tork maksimum adalah 370 Nm
– kelajuan maksimum adalah 250 km/j
– kelajuan 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat
– lima mod pemanduan: “Comfort”, “ECO”, “Sport” and “Sport +” dan individu
– lampu hadapan dari jenis Multibeam LED
– Infotainment unit yang bersaiz 12.3 inci
– Burmester® surround sound system dengan 13 speaker dan 9 saluran DSP amplifier
– Kamera 360°

 

Ciri-ciri lain yang diketengahkan adalah bumbung panaromik, pakej AMG Line, papan pemuka balutan Artico, balutan kulit Nappa untuk tempat duduk, Touch Control, kawalan konsol tengah dan banyak lagi ciri-ciri yang canggih.

 

Penghantaran E 300 AMG Line ini akan bermula di antara bulan Ogos sehingga Oktober ini.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.